NAK USIA MUDA SEKALI ATAU DUA KALI?


         Assalamualiakum warahmatullahi wabarakatuh... Alhamdhulillah, segala puji hanya milik Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah SAW, keluarga baginda, para sahabat dan semua muslimin dan muslimat. Selayaknya kita sebagai hamba tidak putus-putus mengucapkan kalimah syukur dan memuji-muji Tuhan yang menciptakan kita.

          Alhamdhulillah di ruangan ini saya ingin berceloteh sedikit berkenaan amal ibadah kita sesuai dengan tujuan kita diciptakan " Dan Aku(Allah) tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk berubudiah kepadaKu"  . Cantiknya Islam ini kerana seluruh penghidupannya dikira sebagai ibadah selagi mana apa yang dilakukan baik perbuatan mahupun perkataan semuanya adalah kerana Allah dan tidak melanggar syariat Islam.



         Hakikat hari ini walaupun ramai yang sedar dan tahu bahawa mati itu pasti dan bila-bila masa saja boleh berlaku tanpa kita tahu bila dan di mana, namun masih ramai juga yang mengharapkan ingin bertemu dengan usia tua. Kenapa? kerana mereka mengharapkan ibadah yang banyak pada usia tua. memikirkan bahawa usia tua adalah usia yang terbaik untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Malang sungguh orang yang berfikiran seperti ini. Bak kata orang Indonesia " KESIAN DELO' ".

         Jika dilihat statistik jumlah manusia yang hidup pada satu-satu masa di dunia, kita akan dapati jumlah orang tua sangat sedikit berbanding orang muda. Ini kerana ramai manusia yang tak sempat tua dan waktu usia muda telah dipanggil pulang. Jadi..... jika menunggu hari tua baru nak beribadah, bertaubat dan berbuat kebaikan, kemungkinan besar ramai yang tidak akan sempat kerana lebih dahulu dipintas oleh kematian.. Sanggupkah anda tanggung risiko??

        Wahai adik-adik dan remaja sekalian!! waktu muda inilah saat yang paling baik untuk mendekati Allah SWT. Waktu muda ini jugalah kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh sempurna dan bertenaga kerana waktu ini fizikal, fikiran, emosi dan jiwa masih bersemangat dan kuat. So.. kenapa masih lagi ingin menunggu usia tua baru nak beramal?? Adakah kerana kamu memikirkan usia muda hanya sekali? dan perlu manfaatkannya dengan perkara-perkara yang menyeronokkan? ish... ish.. ish.. jauhnya fikiran kalian tersasar..Dengar ni..!!! pasang telinga dan pasang mata serta hati, USIA MUDA ADA DUA KALI!!! muda di dunia dan muda di akhirat.. tak percaya?? Sabda Rasulullah SAW " Ahli syurga memasuki syurga itu dalam keadaan kulit licin, tidak bermisai dan berjanggut, bercelak serta sebaya umur dalam lingkungan 30 atau 33 tahun" [HR al-Tirmizi]. Saya simpulkan bagi mereka yang mengatakan masa muda hanya sekali atau masa muda ini perlu "ENJOY" mereka ini tidak mahu jadi ahli syurga.

      Sekali lagi nak menyeru kepada mereka-mereka yang merasa diri masih muda. Masa muda inilah yang dikatakan "prime time" yang sangat sesuai untuk beribadah kepada Allah Azza wa jalla. Masa muda yang sangat tinggi nilainya ini sewajarnya difokuskan kepada Allah dengan berbakti kepadaNya. Seorang hamba yang memburu kecintaan Allah akan memberikan usia mudanya bukan usia tuanya. Masa muda ini jugalah yang sering ditekankan oleh Rasulullah kerana salah seorang VIP yang mendapat naungan Arasy ialah pemuda yang takut akan Allah. dan umur masa muda ini juga yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. Saya nak tinggalkan kepada pembaca satu pesan dari Ibn Umar " Jika kamu berada pada waktu petang, jangan menunggu waktu pagi. Jika kamu berada pada waktu pagi, jangan menunggu waktu petang." fikir-fikirkanlah. - kembali kepada fitrah kehambaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

UMAT TERBAIK


         Alhamdhulillah, di kesempatan ruang masa yang singkat, Allah kejutkan diri ini setelah mematikan buat seketika untuk mencoret sesuatu di halaman ini bagi berkongsi sedikit kefahaman untuk sama-sama kita renung, moga-moga penulisan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada sahabat-sahabat dan diri ini sendiri. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat di luar sana untuk berfikir sejenak tentang kehidupan kita hari ini. Adakah hari ini, kita melihat diri kita sudah berada dalam keadaan selesa di mana kita merasakan kita juga termasuk dalam kalangan orang-orang yang senantiasa melakukan amal kebaikan? atau adakah kita melihat diri kita hari ini sudah cukup persiapan untuk memungkinkah kita bersama-sama nanti sebaris dengan mereka (para syuhada) yang telah banyak menyumbangkan masa dan tenaga mereka untuk agama Islam? atau kita hanya sekadar berpuas hati dengan apa yang kita miliki hari ini?

          Sahabat seakidah sekalian, sedar mahupun tak sedar, bahawa hakikat kehidupan dakwah hari ini dan mereka yang terlibat di dalamnya semakin dirasakan, terutamanya negara-negara Timur Tengah yang mula bangkit dan menampakkan kesungguhannya kepada dunia bahawa yang haq pasti menenggelamkan segala bentuk kebatilan sehingga para dai'e tidak berhenti-henti mengayunkan langkahannya untuk meningkatkan kapasiti kebersamaan dalam gerak kerja amal islami agar dakwah islam semakin bersemayam di hati umat akhir zaman ini. Saya mengajak kepada pemuda-pemuda di luar sana, yang hatinya ikhlas mencintai kebaikan. Mari kita gerakkan dan hijrahkan hati kita kearah meraih redha Allah dan menjadi umat yang terbaik. Bagaimana?  Allah dah jelaskan melalui firmanNYA " Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, serta beriman kepada Allah."  Nah... apa yang ditunggu lagi. sudah terang lagi bersuluh, Allah memberikan jaminan bersyarat untuk meraih gelaran "UMAT TERBAIK" selagi mana kerja dakwah mampu dipertahankan dalam kehidupannya. Saya teringat kisah seorang Sahabiyat yakni seorang wanita da'iyah yang merupakan salah seorang wanita pertama yang memikul beban dakwah tauhid di Zaman Jahiliah. Ummu Syuraik atau Ghaziah binti Jabir, beliau mempersembahkan hidupnya dengan meninggikan kalimat Allah dan mengibarkan panji Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah ditengah-tengah lumpur jahiliah, tidak henti-henti mengajak wanita-wanita Quraisy untuk memeluk agama Islam sehingga gerakan beliau diketahui oleh penduduk Makkah dan akhirnya tertangkap. Seperti sahabat lain, seksaan yang dikenakan ke atas Ummu Syuraik begitu tragedis. Hari demi hari dipukul dan dijemur di bawah teriknya mentari. Namun iman yang membakar dalam dirinya sedikit pun tidak menampakkan bahawa beliau ingin meninggalkan agama Islam. 

         Bila difikirkan perjuangan seorang wanita ini dalam melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar dan akhirnya mengajak orang lain untuk beriman kepada Allah, apakah dia tidak  takut akan bentuk tindakan yang dikenakan oleh kaum kafir Quraisy? Sudah tentu jawapannya TIDAK... bahkan wanita agung ini sangat menyedari akan risiko yang akan menimpa dirinya baik pengorbanan mahupun penderitaan. Akan tetapi, baginya iman bukanlah sekadar kalimat yang diucapkan oleh lisan tapi iman itu perlu pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Semoga Allah merahmati Ummu Syuraik yang telah mengukir sebaik-baik contoh dalam berdakwah ke jalan Allah. Pengorbanan dalam mempertahankan dan memperjuangkan iman dan akidahnya serta bersabar di saat menghadapi ujian tidak sama sekali melemahkan semangat dan azam beliau. Lantas berkat dari kesabaran dan keteguhan iman ini, Allah memuliakannya dan menjadikan indah pandangan matanya dengan keislaman kaumnya. Subhanallah..

             Ayuh sahabat, kita curahkan segala potensi dan kemampuan kita untuk mewujudkan kebaikan dan mencegah kejahatan(jahiliah) dari terus merebak dalam masyarakat. Allah SWT tidak hanya memerintahkan, melainkan juga memberikan balasan berupa keberuntungan dan kemenangan. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud " Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung." semoga Allah menghitung segala amal kebaikan kita. InsyaAllah.. - kembali  kepada fitrah kehambaan.
         

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HIJRAHKAN HATI



Oó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#


Alhamdhulillah, dengan taufiq dan inayahNya, Allah izin dan gerakkan hati ini untuk memulakan satu penulisan sebagai perkongsian moga-moga dapat memberi manfaat kepada diri ini sendiri dan sahabat-sahabat di luar sana.

Tidak ada kesenangan yang menggembirakan bagi seorang hamba melainkan setiap amalan yang dilakukan mendapat redha dan kasih sayang Allah SWT. Begitu juga dengan insan yang kerdil ini mengharapkan sebuah kehidupan yang hari demi hari, jam demi jam, dan detik demi detik semuanya ada nilai ganjaran(redha) disisi Allah SWT. Hakikat kehidupan seorang insan yang bergelar manusia pasti mendambakan suatu kebahagian dalam kehidupan. Namun persoalannya hari ini, adakah kehidupan yang dipinjamkan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya? Atau adakah kehidupan ini dihabiskan dengan perkara-perkara yang menyeronokkan sehingga lalai dari mengingati Tuhan yang menciptakannya.  

Sebagai seorang muslim yang inginkan perubahan yang baik dalam dirinya, sewajarnya meletakkan kebergantungan sepenuhnya hanya kepada Allah SWT bukan kepada makhluk ciptaanNya. Ayuh, sahabat!!  kita mulakan langkahan kaki kita ini di tahun baru 1434H yang hanya tinggal beberapa jam saja lagi dengan langkahan keimanan dan ketaqwaan. Sama-sama kita hijrahkan hati kita menuju sebuah kedamaian dengan syarat meletakkan Allah secara TOTAL dalam hati kita. _ kembali kepada fitrah kehambaan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS